-->

Gambar Menakjubkan Belalai Air di Laut Mediterranean, Itali

Gambar-gambar menarik ini menunjukkan belalai air yang di laut Mediterranean berhampiran dengan perairan pantai Genoa di Itali pada pertengahan bulan Ogos 2015. Seorang lelaki dari Russia bernama Evgeny Drokov menangkap gambar hebat ini pada pagi terakhir percutian dimana beliau membawa keluarganya ke barat laut bandar persisiran pantai Itali itu, mengikut laporan Caters news Agency.
Gambar Menarik Belalai Air di persisiran atau perairan pantai Genoa, Itali dengan latar belakang bandar Genoa, Itali
Gambar dekat (zoom in) Belalai Air di persisiran atau perairan pantai Genoa, Itali
Belalai air atau nama lainnya sengkayan merupakan puting beliung yang berlaku di atas permukaan air, dan selalunya dijumpai di kawasan perairan pantai laut Mediterranean.
Gambar Menarik Belalai Air di persisiran atau perairan pantai Genoa, Itali di latar belakang bandar Genoa, Itali

Baca Juga

Kebanyakannya belalai air kekal di atas air dan hanya berbahaya kepada apa-apa kepentingan laut. Walaupun begitu, kadang-kadang mereka boleh naik ke darat dan menyebabkan kerosakan kecil. Majoriti belalai air mempunyai angin dengan kelajuan kurang dari 160 km sejam, kata pakar cuaca Dr. Greg Forbes daripada The Weather Channel.
Gambar Menarik Belalai Air di persisiran atau perairan pantai Genoa, Itali di latar belakang bandar Genoa, Itali
Gambar Menarik Belalai Air di persisiran atau perairan pantai Genoa, Itali
Di perairan Malaysia dan Indonesia, belalai air boleh terbentuk sepanjang tahun dengan lebih berkemungkinan antara bulan Mac dan Oktober seiringan musim perubahan monsun. Belalai air telah dilaporkan berlaku di sepanjang perairan Malaysia dan Indonesia. Belalai air juga boleh berlaku di tasik besar semasa musim luruh apabila udara sejuk mula bergerak ke bahagian atas permukaan air tasik yang bersuhu sederhana.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel